nuffnang ads

Thursday, 15 May 2014

Bonda


Arjuna Beta

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

-fynn jamal-

Sunday, 11 May 2014

Fraser Hill


Assalamualaikum and hi!
Tengah hari ke pergi kenduri sepupu Yang kat Shah Alam seksyen 25 then 
terus decide pergi Fraser Hill.
Mengunung-gunung kau jalan dia. Berpusing-pusing pinar-pinar kepala iolls.
Nasib terer kalau tak dah muntah dah haha.

di kenduri sepupu Yang














Sayang.
Terima kasih.
Sebab apa?
Sebab menjagaku dan mendidikku.
Dan tahniah juga.
Sebab apa?
Sebab aku memilihmu untuk menjadi bakal suamiku dan bakal daddy for our future kids.
Syukur.
Sebab apa?
Sebab Allah s.w.t menemukan jodoh kita.
Alhamdulillah.
Sebab?
Sebab nya Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang segala-galanya.
love you
-xoxo-

Friday, 2 May 2014

One Step Closer...


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
 -Hamka-



Alhamdulillah..  dengan bertungkus lumus kita jayakan hubungan ni,
akhirnya, kita ikatkan dengan pertunangan yang amat2 simple tapi happening sangat.
Thanks syg untuk 1 Mei 2014 ni sempena Hari Pekerja, 
kebetulan pulak sama date dengan anniversary abah dan arwah mak awak. 
Al-Fatihah untuk arwah mak awak dan papa.
Another few months to go untuk buat all preparation for our wedding sayang.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Amin.

Kepada Yang Asyraf Yang Ghazali,

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. 
Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, 
yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Jika kita tahu itu adalah pilihan DariNya
Maka janganlah pernah ada ragu
Dan yakinlah pilihan DariNya...